Wednesday, October 9, 2013

Bukan futur...

Tolong ya, 
Khabarkan padanya,
Bahawa aku ingin kembali,
Kepada dunia harakiku,

Maaf ya,
Khabarkan padanya,
Bahawa aku ingin sangat kembali,
Kepada keadaan asalku,
Fitrahku yang mencintai dakwah,

Ampun ya,
Khabarkan padanya,
Bahawa aku perlu kembali,
Kerana ini jalan yang aku idami,
Kerana ini jalan yang aku mahu mati dalamnya,

Mohon ya,
Khabarkan padanya,
Bahawa aku pasti akan kembali,
Dengan izinNya,
Punyai semangat seperti pemuda Badar,
Pemuda Khandaq,
Al-Fateh yang ternama,
Salahudddin yang berjaya,
Sahabat nabi yang setia.

Mungkin aku tidak layak seperti mereka,
Kerana halangan yang sendiri aku bina,
Jahiliyah yang lapuk, dibuang sayang,
Masa-masa berdondang sayang,
Alasan berjela panjang.

Berikan aku peluang lagi untuk kembali lagi,
Pilih dan masih pilih aku lagi. 



*Allah, mudahkanlah aku dalam imtihan akhir perubatan ini, kuatkanlah daya ingatanku terhadap apa yang dihafal dan dibaca, sempatkanlah aku membuat latihan secukupnya dan menghadamkannya, berikanlah aku lisan yang lancar menjawab soalan yang ditanya, berikanlah aku keyakinan dan kekuatan dalam peperiksaan ini. Kerana kejayaanku dalam imtihan ini, aku yakin akan memberikan impak yang besar kepada dakwah ini. Allah, aku bermohon, kau tunjukkan aku jalan yang sebenar untuk menggapai redhaMu. Allah, aku bermohon kau masih lagi memilih aku untuk bersungguh-sungguh lagi dalam jalan dakwah ini, jangan kerana peperiksaan ini, Kau tapis aku, sehingga aku tidak lagi bersama lagi dalam jalan ini. Aku yang kurang dan tersangat kurang, banyak dosa dan sangatlah rendah. Mungkin aku hanya memilih apa yang aku suka berbanding apa yang telah ditugaskan dalam dakwah. Maafkanlah aku ya Allah kerana masih bersikap dakwah hanya di masa lapang. Allah, terimalah aku kembali ya Allah, untuk menulis kembali, untuk membawa usrah lagi, untuk memberikan pengisian, untuk menyumbangkan segala yang aku ada untuk jalan ini. Perkenankanlah ya Allah, bantulah aku, hanya Kau sahaja yang akan memudahkan segala urusan. Amiin*

No comments:

Post a Comment