Sunday, September 16, 2012

Bibit-bibit kemenangan

Aku cuma ingin bertanya,
Yalah mungkin,
Akan banyak kemungkinan yang akan terjadi,
Selepas pilihanraya nanti,
Tapi kemudiannya,
Dengan yakinnya dia berkata,
Takkan mungkin, 
Allah akan membiarkan pemimpin yang zalim,
Kembali bertakhta semula,
Takkan mungkin Tuhan membiarkan agama ini,
Sewenang-wenangnya diperkotak-katikkan,
Dan kita,
Jangan sesekali suuzhon dengan Allah,
Berbaik sangkalah dengan Dia,
Yakinlah Allah akhirnya Allah akan bagi kemenangan,
Kepada yang selayaknya,
Jangan pernah terfikir langsung,
Bahawa yang batil akan bermaharajalela lagi,
Jangan pernah,
Langsung jangan terfikir,
Fikir yang baik-baik sahaja,
Allah akan bantu kita,
InsyaAllah.

Thursday, September 13, 2012

Kita bakal bebaskan Al-Quds

Maaf aku tak faham semua apa yang dikata,



Kerana perbezaan bahasa ibunda,



Antara aku dan mereka,



Namun, perasaan aku membara,


 
Teruja berada di tengah-tengah mereka, 



Melaungkan kata-kata yang padat isinya,



Menyambut sorakan jemu tiada,



Memerhatikan semangat mereka, 



Doa dan pengharapan mereka, 



Kepada seorang manusia, 



Yang bakal bergelar ketua negara,



Mari berdoa sama-sama, 



Agar di pihak yang benar di tempat yang selayaknya.





Wednesday, September 12, 2012

Kala imtihan

Hakikatnya,



Walaupun di saat-saat imtihan,



Orang-orang di sekeliling memerlukan kita,



Jahiliyah semakin rancak berjalan,



Aku rasa,



Takkan daie perlu berhenti kerja,



Fokus pada buku,



Dan study sahaja?



Mungkin perlu ada peruntukkan masa,



Bahagi masa betul-betul,



Dan buat perancangan.




Muqaddimah

Assalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh.

Segala puji bagi Allah SWT yang telah menciptakan kita dengan sebaik-baik kejadian serta selawat dan salam keatas junjungan nabi SAW yang telah bertungkus-lumus untuk memastikan islam sampai ke tangan kita semua.

Dakwah is fanniyah, bermaksud dakwah itu kesenian. Mari kita luaskan pemikiran kita dalam menyebarkan islam kepada semua. Islam itu boleh disampaikan dengan bermacam-macam cara. Islam bukan hanya diceritakan melalui ceramah dan forum sahaja, malah islam itu boleh diceritakan dalam konteks sastera dan lukisan. Adakalanya dengan cara ini, impak kepada pembacanya lebih besar dan ketara, berbanding dengan cara yang biasa.

Salah sebuah kitab yang mengumpulkan syair dan puisi tentang dakwah islam islah kitab Muntalaq karangan Syeikh Muhammad Ahmad Rashid. Dan seperti yang kita ketahui syair dan puisi banyak digunakan oleh golongan kafir musyrikin di Makkah dalam usaha mereka untuk menggagalkan usaha dakwah Rasulullah SAW. Maka, ada baiknya juga untuk kita gunakan kaifiyah ini untuk memaparkan keindahan islam yang sebenar supaya ia boleh dinikmati dan dirasai dengan cara yang unik dan menarik ini.

Sunnguh, ada seorang sahabat yang telah mencadangkan kepadaku untuk menulis blog tentang ini. Mudah-mudahan, dia juga mendapat pahala melalui setiap patah kalimah dan ayat yang terpahat di blog ini. Moga Allah redha usaha ini. Aamin.