Saturday, June 29, 2013

Dirimu bukan pendosa

Kamu bukannya maksum
Ditatang diri, menjaja ke sana sini,
Seolahnya kamu sempurna
Tiada cacat cela,
serba serbi ada,
Katakan dirimu bukan pendosa.

Cuba lihat semula, 
Solat fardhumu, 
Datang sahaja masanya,
Apakah kamu terus merasakan getaran,
Untuk bersegera menunaikannya,
Tidak takutkah kamu,
Apabila ianya ditangguh-tangguh, 
Hadis Qudsi dari Tuhan,
Anas ra berkata: Nabi SAW bersabda; Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku merencanakan azab dan seksa bagi penghuni bumi namun bila Aku melihat kepada mereka yang memakmurkan rumah-rumah-Ku (masjid-masjid) dan mereka yang beristighfar di waktu fajar Aku elakkan azab-Ku yang Kurencanakan itu." 
Hadis Riwayat Baihaqi
Benar dari Tuhan,
Tidak mahukah kamu menjadi seperti ini pula,
"Tidaklah salah seorang di antara kalian yang duduk menunggu solat, selama dia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya:' Ya Allah, ampunilah dia. Ya Allah, sayangilah dia'."
Hadis Riwayat Muslim
Oh hamba, kamu bukan pendosa,
Maka bersegeralah dalam solatmu,
Agar dosa-dosamu diampunkan,
Dirimu bukan lagi pendosa.

Lihatlah pada hartamu,
Sudah ada bahagian zakat di dalamnya,
Dibazirkan sahaja,
Tidak guna menjadi kaya,
Hadis Qudsi dari Tuhanmu, 
Dari Abu Waaqid Al-Laithi r.a, katanya : Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla berfirman : Sesungguhnya Kami telah menurunkan (mengurniakan) harta bagi mendirikan solat dan mengeluarkan zakat.Jika seorang anak Adam itu mempunyai satu wadi (satu lembah harta) maka sudah pasti ia suka andainya beliau mempunyai wadi kedua; dan sekiranya beliau mempunyai dua wadi sudah pasti beliau suka untuk mempunyai wadi yang ketiga.Tidaklah yang memenuhi perut anak Adam melainkan tanah (sikap cinta kepada harta dunia itu akan berakhir bila mati). Kemudian Allah menerima taubat siapa yang bertaubat kepada-Nya.” 
Hadis Sahih Riwayat Ahmad

Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Allah Azza wa Jalla berfirman : Belanjalah wahai anak Adam, Aku akan berbelanja atasmu.” 
Sahih Bukhari
Riwayat Bukhari, Imam Ahmad dan Ibnu Majah
Oh hamba, kamu bukan pendosa,
Maka bersegeralah dalam urusan hartamu,
Belanjalah untuk agamamu,
Agar dosa-dosamu diampunkan,
Dirimu bukan lagi pendosa.

Lihatlah pada tanggungjawab dirimu kepada orang lain,
Di saat ibu bapamu memerlukan kamu, 
Bermewah hidup sendiri,
Tuli dan buta pada kebaikannya,
Padahal sabda nabi, kau dusta,
Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “ Barangsiapa membuat ibu bapanya gembira (memberi keredhaan), maka sesungguhnya ia membuat reda Allah. Barangsiapa menyakitkan hati ibu bapanya, maka sesungguhnya ia membuat kebencian Allah”  
Hadis riyawat Bukhari 
Belum lagi bila kamu berkeluarga,
Belum lagi ianya bersama jiran dan sahabatmu,
Oh hamba, kamu bukan pendosa,
Belajarlah bertanggungjawab,
Agar dosa-dosamu diampunkan,
Dirimu bukan lagi pendosa.



Penyakit hatimu, 
Kau buat seperti biasa, 
Ujub, riak, takbur,
Tak yakin pada Allah, untuk setiap ketentuanmu,
Istighfarlah untuk semuanya,
Biar bersih hatimu, 
"Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama dengan dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: "Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu" (QS. At Tahrim: 8)
Oh hamba, kamu bukan pendosa,
Bertaubatlah segera, 
Agar dosa-dosamu diampunkan,
Dirimu bukan lagi pendosa.





Friday, June 28, 2013

Perlumbaan membuat pahala

Ramadhan akan tiba tidak lama lagi!

Berikan senyuman dan kegembiraan kepada anak-anak di Palestin 

Salurkan sumbangan anda kepada Tabung Projek Ramadhan bersama Aqsa Syarif di Palestin.

Antara Pakej sumbangan:
1) Iftar di Gaza & Masjid Al-Aqsa (RM50/set)
2) Ramadhan Food Pack (RM300/set)
3) Eid Gift (RM150/set)
4) Back2School (RM150/seorang)

Ayuh berikan sumbangan terbaik anda!

1) Salurkan sumbangan anda ke akaun AQSA SYARIF BERHAD,
Maybank Islamic (551575-004299) atau Bank Islam (1209-20100-34904)
2) Maklumkan melalui e-mail, nama beserta bank-in slip kepada account@aqsasyarif.org.my

Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi:
Aqsa Syarif HQ: 03-87334636