Sunday, February 2, 2014

Syahadah Seorang Syahidah

Syahadah?
Syahadah apa?
Syahadah yang mana?
Yang setiap hari kita baca ketika tahiyat dalam solatkah?
Alaaaaaaaaah, itu aku pun sudah tahulah!
Sabar saudara,
Sedikit benar ya,
Tetapi maksudku bukan itu,
Bukan,
Bukan itu,
Bukan itu yang aku maksudkan,
Ianya adalah penyaksian pada satu kebenaran,
Bahawa sang syahidah itu,
Telah melaksanakan syahadahnya,
Bahawa tiada tuhan melainkan Allah SWT,
Dan Nabi Muhammad SAW itu utusanNya,
Kemudian dia pun telah melaksanakan syahadahnya,
Dia telah pun membuat segala kerjanya,
Dia telah pun mensia-siakan hidupnya,
Dia telah pun menginfakkan seluruhnya yang ada,
Supaya semua manusia memahami apa itu syahadah yang sebenarnya.

Sosok dia, bukanlah selalu aku jumpa,
Sekilas dua sahaja pandangannya,
Oh ya, aku nampak dia dimana,
Di hadapan kami semua,
Memberikan kefahaman dan berkongsi rasa,
Menjinakkan kami dengan pengertian islam sebenarnya,
Menyuluh jalan dakwah yang dilaluinya.

Malah tidak pernah kami beromongan bersama,
Hanya berduaan bersama,
Tidak pernah,
Maka barulah merasa ruginya,
Untuk merasai sentuhannya,
Secara personal,
Yang ku yakini,
Basah melembutkan hati yang mendengarnya.

Walaupun ianya sedikit cuma,
Ku tahu, dialah rijalun sadaqu itu,

Bismillah..
'Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah..' (33:23)

Walaupun hanya sekelumit cuma,
Ku tahu, dia telah menyampaikan penyaksiannya kepada manusia,

Bismillah..
'Dan demikianlah pula Kami telah menjadikan kamu umat pertengahan agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar Rasul menjadi saksi atas perbuatan kamu..' (2:143)

Ya, aku tidak mengenali betul kamu,
Tetapi aku yakini melalui orang-orang di sekelilingmu,
Yang turut sama mengesani apa matlamat hidupmu,
Apa pengorbanan dirimu,
Bahawa kamu telah melakukannya dengan baik sekali,
Tujuan dan hadaf hidupmu.

Aku,
Ya hairan juga,
Kamu masih muda,
Tetapi kamu pergi dahulu,
Sepertinya kamu sudah tahu bila masanya nanti,
Maka setiap saat dan ketika kamu sentiasa berusaha,
Untuk tidak berhenti mentarbiyah
manusia.

Maafkan aku jika bicaraku salah,
Maafkan aku jika pincang kalamku,
Manusia kerdil aku yang hanya memerhatimu.

Moga Allah merahmatimu selalu,
Dan meredhaimu dengan segala curahan amalmu,
Tunggu aku disana,
Janji ya,
Kita akan bercurhat di syurga,
Ameen, ameen, ameen.

*Al-Marhumah Mumtazah Maridi. Allahumaghfirlaha warhamha waafiha waa'fuanha, ameen.