Tuesday, October 22, 2013

Selamanya bertaut....

Pernah di suatu ketika,
Kita mengintai bulan yang sama,
Di malam gelap gelita,
Kemudiannya,
Kita mengangkat tangan kita ke langit, Mencuba menggapai bulan yang sama,
Dari tempat yang sama kita berdiri,
Dan kemudian jari-jari kita bertemu,

Kita memegang harapan yang sama,
Kita khalifah dan hamba Ilahi,
Kita sama-sama bina unggun dakwah,
Kita sama-sama mendepakan tangan tarbiyah,
Supaya manusia lain boleh memaut padanya,
Kita sama-sama bersusah payah,
Bangun awal dan rehat sementelah,
Semata untuk ummah,

Dan kali ini,
Walaupun kita tidak lagi sama,
Tempat berdiri,
Kita masih boleh mengintai bulan lagi,
Dan cuba menggapainya,
Dan yakinlah bahawa jari-jari kita akan tersentuh sekata,
Kerana aku yakin kita masih ada matlamat yang sama,

Dan kita akan mulai belajar,
Apa itu cinta kerana Allah,
Secara amalinya,
Lebih dalam dan menjangkit,
Ruang hati kita,
InsyaAllah,

Mohon janji pada Allah,
Jangan sesekali putus asa,
Jangan pernah henti cari redhaNya.

*ya muqallibalqulub thabbit quluubana 'ala diinik wa 'ala taatik wa 'ala jihadi fi sabilik, amiin*




Friday, October 18, 2013

Encik si pengganggu daie.

Dan syaitan itu selalu,
Mengintai-ngintai,
Andai kefuturan terbuku,

Dan syaitan itu selalu,
Menghendap-hendap,
Andai jahiliyah membelenggu,

Dan syaitan itu selalu,
Mencari-cari,
Andai iman menipis layu,

Dan syaitan itu selalu,
Memeluk-meluk,
Andai hawa' bernafsu,

Syaitan, ia datang dan pergi,
Sesungguhnya, musuh yang perlu dikenali,
Andai Adam juga terpikat,
Apatah lagi kita,
Mungkin akan terjerat,
Waspadalah dengan syaitan,
Godaannya sungguh hebat,
Rajin bekerja tidak penat,

Banding dengan kita pekerja agama,
Bermalas-malasan,
Memberat-beratkan,
Melambat-lambatkan,
Kemenangan,

Mencontohi syaitan yang tidak jemu berkorban,
Siang dan malam,
Mencari bekalan,
Untuk hidup akhirat yang berkekalan.



Wednesday, October 9, 2013

Bukan futur...

Tolong ya, 
Khabarkan padanya,
Bahawa aku ingin kembali,
Kepada dunia harakiku,

Maaf ya,
Khabarkan padanya,
Bahawa aku ingin sangat kembali,
Kepada keadaan asalku,
Fitrahku yang mencintai dakwah,

Ampun ya,
Khabarkan padanya,
Bahawa aku perlu kembali,
Kerana ini jalan yang aku idami,
Kerana ini jalan yang aku mahu mati dalamnya,

Mohon ya,
Khabarkan padanya,
Bahawa aku pasti akan kembali,
Dengan izinNya,
Punyai semangat seperti pemuda Badar,
Pemuda Khandaq,
Al-Fateh yang ternama,
Salahudddin yang berjaya,
Sahabat nabi yang setia.

Mungkin aku tidak layak seperti mereka,
Kerana halangan yang sendiri aku bina,
Jahiliyah yang lapuk, dibuang sayang,
Masa-masa berdondang sayang,
Alasan berjela panjang.

Berikan aku peluang lagi untuk kembali lagi,
Pilih dan masih pilih aku lagi. 



*Allah, mudahkanlah aku dalam imtihan akhir perubatan ini, kuatkanlah daya ingatanku terhadap apa yang dihafal dan dibaca, sempatkanlah aku membuat latihan secukupnya dan menghadamkannya, berikanlah aku lisan yang lancar menjawab soalan yang ditanya, berikanlah aku keyakinan dan kekuatan dalam peperiksaan ini. Kerana kejayaanku dalam imtihan ini, aku yakin akan memberikan impak yang besar kepada dakwah ini. Allah, aku bermohon, kau tunjukkan aku jalan yang sebenar untuk menggapai redhaMu. Allah, aku bermohon kau masih lagi memilih aku untuk bersungguh-sungguh lagi dalam jalan dakwah ini, jangan kerana peperiksaan ini, Kau tapis aku, sehingga aku tidak lagi bersama lagi dalam jalan ini. Aku yang kurang dan tersangat kurang, banyak dosa dan sangatlah rendah. Mungkin aku hanya memilih apa yang aku suka berbanding apa yang telah ditugaskan dalam dakwah. Maafkanlah aku ya Allah kerana masih bersikap dakwah hanya di masa lapang. Allah, terimalah aku kembali ya Allah, untuk menulis kembali, untuk membawa usrah lagi, untuk memberikan pengisian, untuk menyumbangkan segala yang aku ada untuk jalan ini. Perkenankanlah ya Allah, bantulah aku, hanya Kau sahaja yang akan memudahkan segala urusan. Amiin*