Sunday, October 28, 2012

Si buta yang tenang hatinya, dalam menuju Tuhannya

Sungguh aku tidak tipu,
Kisah tentangmu ku dengar,
Berulang kali,
Ulang-ulang dan ulang lagi,
Setiap kali,
Ku dengar namamu,
Maka setiap kali juga aku,
Semakin cemburu kepadamu,
Aku ini celik,
Sedangkan dirimu buta,
Kerana syurga itu menantikanmu.

Si buta yang kerananya aku ditegur oleh Tuhanku,
Kekasih Tuhan memperkenalkan dia kepada kita semua,
Merindui wahyu dan firman Allah Taala,
Neraca akhirnya memihak kepadanya,
Sungguh dia lebih mulia dari pembesar-pembesar itu.

Tidak ada alasan yang dia berikan,
Kepada setiap arahan yang dikeluarkan,
Kelihatan seperti orang biasa,
Disuruh berhijrah,
Bisa,
Tidak ada masalah,
Tidak rasa gundah,
Kerana semuanya dilakukan,
Kerana Tuhannya,

Bersama Bilal,
Dia melaungkan azan,
Semasa bulan puasa,
Berhentilah makan,
Jika mendengar azan dari si buta,
Kerana waktu subuh sudah hampir.

Adakah aku sama seperti orang yang duduk,
Wahai kekasih Allah,
Maka turunlah ayat menceritakan,
Semangatnya seperti manusia sempurna,
Tidak ada cacat celanya.

Perang Qadisiyah membuktikan,
Rijalun sadaqu,
Kami memerlukan seorang pemegang panji,
Dia ini tidak boleh lari dari medan perang,
Lalu dirimu menyahut seruan,
Kerana dirimu tidak akan lari dari medan perang,
Lalu dipakaikan baju besi,
Dan dirimu diletakkan di antara,
Dua gelombang tentera besar,
Lalu muslim memperoleh fathul mubin,
Dia syahid,
Sambil tangannya masih memegang kemas,
Panji islam.

Oh Abdullah Ummi Maktum,
Dirimu sudah memaut erat agama ini,
Maka sepatutnya kami pula meneruskan,
Mendakap kuat agama ini,
Jangan biar ia jatuh lagi,
Semakin menjunam dan jatuh lagi,
Moga Tuhan sentiasa bersama kami.
Aamin.









No comments:

Post a Comment